Make your own free website on Tripod.com

Mohd norzihan bin zianal         HE 2003 – 1586

 

Pokok Sedap Malam atau nama saintifiknya Murraya  Paniculata [ L ] Jack merupakan satu tumbuhan herba yang boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah kemuning, sunda, orange jasmine, kajeni, kamoneng, jiu li xiang dan yueh chu. Tumbuhan renek berdaun rimbun ini biasanya dijumpai tumbuh liar di kawasan semak samun yang tidak terlalu tebal. Namun begitu kini banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana baunya yang harum. Ia dapat tumbuh dengan optimumnya pada ketinggian 400 meter dari paras laut. Pembiakannya biasanya melalui keratan batang tapi ia juga boleh mambiak melalui buahnya. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan merah apabila masak.

            Tumbuhan ini biasanya dugunakan sebagai persediaan tradisi untuk penyakit radang buah zakar(orchitis). Caranya ialah dengan mengambil sembilan helai daunnya atau lebih kurang 60 gram. Rebus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Airnya disejukkan kemudian ditapis dan diminum. Selain itu ianya juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit bisul dengan cara akarnya yang telah kering lebih kurang 30 gram dipotong kecil-kecil dan direbus dengan 3 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Setelah sejuk, tapi dan minum dua kali sehari iaitu setengah gelas sekali minum.

            Tumbuhan ini juga dapat mengubat sakit gigi dengan cara membakar kulit batangnya hingga mengeluarkan minyak. Minyak ini kemudiannya dititiskan kedalam gigi yang berlubang. Untuk melangsingkan badan pula, ambil daunnya yang masih segar segenggam, daun mengkudu segenggam dan giling bersama temu giring hingga lumat. Campurkan secawan air masakkemudian masukkan pes tersebut kedalam kain yang bersih dan perah airnya. Air ini diminum pada waktu pagi sebelum makan.

            Selain daripada itu, tumbuhan ini juga dapat mengubati jangkitan pada saluran kencing dengan cara ambil lebih kurang 35 gram daunnya yang masih segardan rebus bersama 3 gelas air hingga tinggal 1 ½ gelas sahaja. Air ini kemudiannya diminum 3 kali sehari iaitu setengah gelas setiap kali minum.

            Selain itu tumbuhan ini juga dapat melancarkan kitaran haid, mengubat lebam akibat terjatuh dan merawat atritis. Daunya yang ditumbuk boleh dijadikan lulur badan, sapu sebelum tidur untuk melicinkan kulit.

 

 

 

           

           

 

 

 

            Senduduk atau nama saintifiknya Melastoma Malabathricum merupakan atu lagi spesis tumbuhan herba. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah keduduk, senggani, strais rhododendron. Pokok renek ini biasanya dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok ini ialah 1 meter namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 meter. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batangnya, buah dan daunnya juga dilitupi bulu-bulu halus. Bunganya cantik dan biasanya dijumpai berwarna ungu gelap, merah jambu dan putih.

            Jenis warna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Biji senduduk berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ianya boleh dimakan. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam dan kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat seperti di Thailand. Daunnya juga boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera. Buahnya menjadi makanan kepada burung-burung liar.

            Perubatan tradisional banyak meggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin. Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong, bertih dan cacar air.

 rujukan :

http:// www.melur.com

 

mohd saiful khairi bin selamat        HE 2003 - 1343

 

Apa itu Tongkat Ali?

       

      Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia merupakan sejenis pokok renek yang ditemui jauh ke dalam hutan tropika di Malaysia. Ia mempunyai dahan perang kemerahan dan boleh tumbuh sehingga 12 meter tinggi. Di Malaysia, Tongkat Ali amat dihargai demi nilai perubatannya. Ia banyak digunakan oleh kaum Melayu sebagai ubat tradisional. Penyelidikan klinikal di Universiti Malaya menunjukkan Tongkat Ali banyak berkhasiat. Ia boleh merawat malaria, membasmi kuman, mengubat ulser perut dan melegakan panas badan. Ia turut digunakan untuk menaikkan syahwat dan tenaga batin lelaki.[1]

 

Keistimewaan Utama

 

 

Produk Tongkat Ali

Memandangkan khasiatnya yang tinggi maka Tongkat Ali telah dikomersialkan menjadi produk-produk berorientasikan minuman, dan ubat-ubatan. Oleh yang demikian. tumbuhan herba ini akan terus dimajukan dan dipelbagaikan pegunaannya untuk kebaikan bersama. Contoh produk seperti Power Root Tongkat Ali merupakanan sejenis minuman yang dapat menambah kecergasan sepanjang hari.

 

 



[1] http//www,kplb.gox.my/kesedar2/Bmalaysia/htgkat-ali.htm

[2] Luxor Network Sdn. Bhd. (Co.No:65101-K) AJL93524

 

apa itu gamat?

        Terdapat lebih daripada 1000 jenis gamat di dunia tetapi hanya 40 spesies yang boleh dimakan  manusia. Di antara spesies yang boleh dimakan ini, gamat jenis Stichopus didapati mempunyai khasiat yang paling tinggi. Kini, terdapat 30 spesies gamat di perairan Malaysia dan hanya “Gamat Emas”  atau Stichopus Variegatus memiliki nilai perubatan yang tinggi. Masyarakat Melayu telah menggunakan Gamat   sebagai ubat tradisional semenjak lebih daripada 300 tahun dahulu untuk merawat demam  panas, gastrik, sakit dada, asma, dan sakit sendi.[1]

Khasiat Istimewa Gamat

Gamat mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutrien seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, dan kalsium.

Produk Jeli Gamat

          Sejenis minuman yang diformulasikan khas untuk meningkatkan kesihatan badan,menyembuhkan luka dan kecederaan serta mencantikkan kulit.

§   jeligamat.jpg (4169 bytes)Baik untuk wanita selepas bersalin, mambantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan.

§   Mengurangkan sakit urat dan kesakitan pada otot badan dan sendi.                                                                                                                         

§   Mempercepatkan pemulihan tenaga dan mengelakkan keletihan.

§   Membantu menyembuhkan ulser, gastrik dan pendarahan usus.

§   Menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.

§   Mengurangkan simtom-simtom penyakit resdung.

§   Mengurangkan simtom buasir dan pendarahan.

§   Merangsangkan kecantikan kulit dan meningkatkan pengedaran darah.

§   Membantu mengurangkan simtom sembelit dan menghentikan pendarahan.[2]



[1] http://group.msn.com/MeGAMAT/MyDoc/gamat.msnw

[2] Luxor Network Sdn. Bhd. (Co.No:65101-K) AJL93524